Sunday, January 8, 2012

Tiada Cinta yang kekal selain cinta terhadap Allah

Assalammualaikum semua. Mungkin hari ni banyak juga yang aku da post terutama sekali pasal kisah rabiatul adawiyah. Apa yang aku nak buat sekarang ni adalah kesimpulan tentang kisah ini.

Cinta, dulu aku terbuai indah dengan cinta sesama manusia iaitu cinta antara lelaki dan perempuan. terbuai indah. Sehingga melanggar segala perintah Allah, lupa akan Allah. dan CINTA ITU TIDAK KEKAL. hubungan hancur begitu sahaja. Tiada cinta yang kekal dan aku percaya Allah juga cintakan umatnya jika umatnya cintakan dia. Dan aku yakin bahawa cinta pada Allah adalah cinta yang kekal, dan abadi. Aku rela mengabdikan diri aku kepadanya dari aku mengabdikan diri aku kepada lelaki.

Ya Allah, aku ingin menjadi kekasihmu, berkati la hidup ku. Bimbing la aku untuk lebih dekat padamu Ya Allah. Sesungguhnya cinta kepadamu adalah cinta abadi ya Allah. Cinta yang akan kekal sementara aku masih didunia. dan Cinta ini juga akan ku bawa di akhirat. Aku ingin sentiasa dekat padamu Ya Allah. Izinkan aku menjadi salah seorang ahli di setiap majlis mu Ya Allah.

Setiap dosa yang telah aku lakukan selama ini, Aku merayu padamu ampunkan aku. Segala dosa yang telah aku lakukan. ampun kan aku ya Allah. Kuatkan aku. aku berusaha untuk mendekatkan diri ku padamu. Kuatkan aku ya Allah. Teguhkan imanku. Hindari la diriku dari hasutan syaitan, Sesungguhnya aku amat mencintaimu Ya Allah. Betapa malunya rasa diri bila aku kenangkan apa yang terjadi ya Allah. Apa yang telah aku lakukan. Bantulah aku Ya Allah. hanya padamu aku berdoa, merayu tunjukkan aku jalan yang benar. Aku leka ddengan nikmat dunia sehingga lupa azab akhirat. meneguk air syaitan, bersuka ria tanpa mengira masa. melakukan perkara yang haram tanpa sedikit rasa takut padamu Ya Allah.

Ya Allah ampunkan aku. Tunjukkan aku jalan yang benar., Aku benar2 jatuh cinta padamu Ya Allah. Cinta ini terlalu kuat sehingga aku rasa takut untuk berpisah dari mu Ya Allah. Biarkan perasaan ini kekal Ya Allah. aku merayu cintailah aku Ya Allah. berkati lah aku. Biar la aku khusyuk melari cinta bersama mu ya Allah. Hanya kau yang aku cintai, jika benar suatu hari nanty, kau temukan seorang lelaki atau suami untuk aku, biar la perasaan cinta terhadap lebih dari dirinya. Cintakan kau lebih dari segalanya. dan biarkan perasaan cinta ini menjadi abadi dan membawa ke akhirat. Insyaallah, dengan izinMU Ya Allah. Aku redha dengan setiap ketentuanMU.

Cinta pada Allah, ibu bapa, keluarga dan sahabat handai. Cinta pada Allah dan ibu bapa adalah kekal. Aku tidak berdaya untuk berpisah darinya. Terima kasih Ya Allah atas petunjuk yang kau berikan pada aku. Terima Kasih kerana memberi aku peluang kedua untuk teruskan hdp dgn mendekati mu Ya Allah. Terima Kasih

http://www.youtube.com/watch?NR=1&feature=endscreen&v=-qv7rIBi_dQ

No comments:

Post a Comment