Sunday, January 8, 2012

Masjid KLCC

Assalammualaikum :)

Hari ni aku nak share dengan korang pasal semalam. Kejadian di dalam Masjid KLCC, waktu tu aku pergi sana untuk menunaikan solat zuhur dan asar. Kemudian selepas selesai solat zuhur, aku menunggu untuk masuk waktu Asar. Sewaktu menunggu, ada seorang mak cik yang aku perasan mmg ada dari first time aku sampai. So nak di jadikan cerita dia ajak aku berbual. Kami bersalaman dan dia lebih selesa membahasakan dirinya kakak,walaupun dari mata kasar dia sudah berpangkat Makcik pada aku. Dia mulakan topik, cakap tak pernah nampak aku kat sini, aku pun mengaku la mmg ni 2nd time aku dtg. aku jarang dtg sini. so dia pun mulalah bersembang tentang hidup dia.

So dia mulakan cerita tentang waktu muda dia, sewaktu muda dia memakai purdah dan ketika itu dia hanya berkawan dengan Allah. Dia tiada masa untuk berbual atau berkawan sesama manusia. Jadi dia prefer hubungan dia dengan Allah sahaja. Dia juga sering kali di dengki oleh manusia di sekelilingnya. Mungkin kerana dia tidak mahu berkawan atau memulakan bicara sesama manusia. Jadi menurut cerita beliau, dia seringkali terkena santau, dan pelbagai jenis ilmu hitam. Aku menjadi tanda tanya siapa dia, dan kenapa dia sering kali ke sini. Dan kenapa dia bersendirian, lihat dari cara pemakaian seperti orang biasa. Baju tak copong capang, semuanya cantik. Jadi tergerak hati aku untuk tanya asal usulnya. Jadi aku melulakan persoalan :-

Aku - Akak dari mana?
Kakak - Tidak dari mana-mana. Mmg sentiasa di sini.
Aku - Rumah di mana?
Kakak - Di rumah Allah
Aku - (Aku tergamam smbil berfikir apa yang di maksudkan) oh di masjid atau di surau la?
Kakak - iya. selesa disini
Aku - abis waktu malam atau mahu tidur di mana? di rumah Allah juga?
Kakak - jika dizinkan Allah tidur saja di tepi jalan, Insyaallah takkan ada apa2 yang jadi
Aku - (terdiam seketika) Tiada anak atau ahli keluarga?
Kakak - Kalo ada anak mungkin takkan ada disini. tak pa la disini pun selesa juga
Aku - Bagaimana makan dan minum?
Kakak - oh ikat perut, insyaallah Allah akan membantu saya.
Aku - (lagi skali terkesima dgn jawapannya) Kemudian aku mula bertanya tidak pernah bernikah?
Kakak - (senyum dan terus menukar toipic)

Kakak mula menceritakan waktu mudanya dulu dia bekerja, tetapi kerana terlalu ramai yang iri hati dengan dirinya, dia mula di timpa pelbagai dugaan. Dia terima seadanya kerana dia percaya Allah sentiasa membantu dirinya di dalam kesusahan. Dia seorang anak yatim piatu, jadi waktu kecilnya, ada juga yang mahu cuba untuk membunuh dia, dengan meletakkan racun didalam makanannya. Apabila dia selesai makan, tggal sisa-sisa makanan di dalam pinggan itu, jadi ada seekor ayam dtg dan memakan sisa makanan tersebut lalu ayam itu mati secara tiba-tiba. Cuba bayangkan keajaiban dan kekuasaan Allah melindungi umat-NYA dari ditimpa kecelakaan. Isi nasi yang banyak di makan oleh kakak, tidak menyebabkan kakak mati, bagaimana seekor ayam mati dgn tiba2 kerana memakan sisa makanan yang sedikit itu. Allah ingin tunjukkan pada kakak bahawa ada yang cbe untuk membuat sesuatu terhadapnya. Kakak terkejut, tidak sahaja itu, sewaktu usia dewasanya, ada 3 gadis yang begitu iri hati dengan dirinya. Aku lupa nama mereka. 3 gadis ini iri hati dgn kecantikkan dan ketaatan kakak terhadap Allah. Jadi mereka mula menggunakan ilmu hitam untuk menghapuskan kakak. Menghasut kakak untuk mengejar kehidupan di dunia. Jangan terlalu menghadap Allah. Tetapi kakak taat dan tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh mereka. Sehingga terjadi kejadian pertama, sewaktu di Masjid Kg baru, kakak sedang solat berimankan seorang iman Arab, datang salah seorang dari wanita tersebut mengacau solatnya dan suruh dia berhenti mengejar ilmu akhirat dan menyuruh kakak mencari dunia luar. di tariknya kakak, sehingga terganggu solatnya dan yang lain. aku bila fikir balik adakah manusia seperti ini? benarkah apa yang dicerita? Atau aku sedang ditipu oleh kakak ini? Waallah'hualam.

Kejadian kedua pula, lagi seorang daripada mereka telah memukul kakak dengan begitu teruk. Yang diceritakan olehnya, rakannya seperti disampuk, mukanya berubah kebiruan, dan tenaganya kuat seperti seekor harimau. Dia terus menyerang kakak, ditariknya purdah kakak, di pijak dipukul dgn begitu tragis,kakak mula redha dan berserah pada Allah, jika ini ajalnya dia bersedia untuk bertemu Allah. Tetapi atas kekuasaan Allah, kakak selamat dan masih boleh teruskan hidup. Selepas kejadian tersebut, kakak tidak diganggu sehingga terjadinya kejadian setahun yang lalu selepas makan ikan kembung bakar, tiba2 seluruh anggota badan kakak berkudis, dan rasa sakit yang teramat sangat. gatal2 dan sebagainya. Tiada punca untuk penyakit kakak itu. Hanya meletakkan krim di tempat luka itu. Alhamdulillah keadaannya beransur pulih. dan hanya tggal sedikit lagi di bahagian telapak tangan beliau.

Azan Asar berkumandang, kami diam seketika, aku mula mengajak kakak utk solat skali tetapi dia kata oh tiada wudhuk pada dirinya, jadi dia meminta izin untuk berwudhuk dahulu. Aku teruskan solat Asar bersama jemaah yang lain. Persoalannya disini, benarkan apa yang diceritakan? Benarkah keadaan dirinya sebegitu teruk sekali? Allah memberi dugaan yang berat kepada nya sedangkan dia taat pada Allah, Mungkin Allah terlalu sayangkan dia sehingga Allah turunkan pelbagai dugaan terhadap dirinya. Teringin aku untuk berjumpa dgn dia dan ingin melihat bagaimana kehidupan sebenar dirinya. Beberapa pesanan darinya yang tidak akan aku lupa :-

Jangan terlalu mengejar kehidupan didunia kerana ia tidak kekal.
Taat pada Allah. dan Rasul.
Baca kitab Rabiatul Adawiyah, amik yang baik sebagai contoh.
Banyakkan selawat, puji Allah. Hidup sentiasa di berkati.

Itu sahaja. mungkin akan lebih panjang untuk aku hurai kan. Selebihnya biar lah aku simpan sendiri.

Wasalam .

No comments:

Post a Comment