Tuesday, January 3, 2012

Happy New Year

3rd January 2012 3:19pm BTL Industries, PJ

Howla welcome to my new blog :) Tujuan aku buat blog nie bukan apa saja jerk nak ada azam tahun baru iaitu menulis dalam blog segala apa yang aku rasa. Azam tahun baru aku senang jerk aku nak stop party, minum arak and everything yang tak elok sebagai umat islam. Bukan apa, manusia selalu terlupa kalau da enjoy sangat. Alhamdulillah aku diberi petunjuk, kuat betul rasa hati aku ni untuk bertudung dan menutup aurat. bukan apa da cukup rasa nya aku enjoy, ting tong dan sebagainya. Memang bukan mudah aku nak stop semua benda nie, sebab aku rasa enjoy sangat. Tapi bila kenangkan azab di akhirat nanty jadi takut dan terus tak jadi nak enjoy macam dulu kala. Mungkin aku akan kurang kawan lepas nie, tapi elok juga at least takde la aku terus sesat dalam dunia ciptaan Tuhan nie sampai lupa kehidupan yang bakal aku tempuh di akhirat.

Aku tak kisah la kalo kurang kawan sebab perubahan yang aku buat. Bukan duniawi yang jadi utama, tapi akhirat. Banyak betul perubahan yang aku rasa aku patut buat bila mula tingga serumah dengan parents aku. Bila tengok dorang aku jadi serba salah. Tak patut aku minum arak, enjoy tak kena tempat. sedangkan mereka kat rumah solat pun tak tinggal, malah menanggung dosa aku pula. Astagfiruallah'alazim. Apala yang aku da buat selama nie kan. Takut nak kenangkan semua. takut sangat. Maaf kan adik.

Harap perubahan ni dapat berikan kebaikkan pada diri aku dan orang tua aku. Tiada yang lebih bermakna selain melihat mereka happy dengan perubahan aku. Aku berubah kerana Allah dan juga aku berubah atas dorongan ibu bapa. Ini mungkin pengajaran yang kepada manusia di luar sana juga. berfikir secara waras sebelum melalakukan sesuatu perkara. Insyaallah Allah sentiasa memberi petunjuk yang baik kepada setiap umat-NYA.

Insyaallah, dengan izin Allah kita boleh berubah tetapi usaha juga perlu untuk melaksanakannya. Assalammualaikum.

6 comments:

  1. wauu...termenung aku bace weyh...smoge jumpa jalan ke jannah...amin~

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. insyaAllah tuhan akan mudah kan pejalanan hidup u.

    ReplyDelete
  3. well..banyak spelling mistake...hahaha,,mcm cikgu karangan pule,,,anyway,gud luck sahabat!jlan yg benar akan terbuka luas bila kita betol2 mencari nya...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete