Monday, January 9, 2012

Permulaan hari di minggu yang baru

Assalammualaikum semua :)

Hari ini hari Isnin, hari pertama kita bekerja dalam minggu yang baru. Begitu juga aku. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar. Walaupun sakit perut sedikit, mungkin breakfast nasi lemak tadi dengan nescafe o ais. Ayoo minum ais pepagi. terjebak dgn si Intan la nie. heheheh. Apa yang nak kita bualkan pagi ini adalah tentang kekeluargaan. Ceh mula nak cte pasal hidup bekeluarga plak.

Alhamdulillah aku dikurniakan ibu bapa yang sangat prihatin dan memberi kebebasan kepada anak2 mereka untuk memilih jalan hidup mereka. Malam semalam abah berbual banyak tentang hal agama. Ya Allah aku makin jatuh cinta dengan agama ku sendiri. Dengan begitu bersyukur di lahirkan sebagai umat islam. Alhamdulillah.

Begitu suci agama islam. aku ingin mendalaminya dengan lebih mendalam lagi, Insyaallah dengan izin Allah. Aku harap korang pun macam tu. One fine day you guys will feel it. Just wait for that, no need to push yourself to love it, it will come to you naturally. Takkan menyesal malah lebih mendalaminya. Dan lebih mencintai agamamu dan Allah. Insyaallah. Aku sentiasa berusaha untuk mendalami perasaan cinta terhadap Allah. aku mahu menjadi kekasihnya. Insyaallah :) Semuanya akan terjadi dengan usaha dan izin dariNYA.

Wasalam :)

No comments:

Post a Comment