Thursday, March 8, 2012

Personal Taste #Koreandrama



Personal Taste. One of my favourite korean drama. damn... am crazy on it. you guys out there shud watch this drama..


Enjoy watching :)

Wednesday, March 7, 2012

Rezeki ???

Assalammualaikum :)

Nak share pasal rezeki nie, mak kata rezeki ada jerk bila kita da bernikah kelak, jangan risau rezeki tu memang ada. emm tapi aku nie mmg pelik kot sbb aku tahu Allah akan kurnikan rezeki pada umatnya yang berusaha untuk sesuatu lebih2 lagi kearah kebaikkan. Aku cuma khuatir ada setengah orang dia tahu Allah akan kurniakan rezeki tetapi dia berusaha ala kadar, macam mana nak dapat lebih kalo usaha sikit? adakah tamak kalo aku usaha banyak untuk dapat rezeki lebih?? untuk kebaikkan tak salah kan? emmm so berbalik pada topik rezeki aku nak beli rumah sebelum aku bernikah sebab tak nak la lepas kawen pun still menyewa kan membazir tu. lagi2 rumah sekarang tak untung langsung kalo menyewa. so better beli. Aku cakap la dgn mak aku, aku kena beli rumah la sebelum nikah sbb tak nak life lepas kawen tu susah. bukan la minta cuma bersedia sebelum terlambat, sediakan payung sebelum hujan. Mak aku plak cakap ala jgn risau rezeki tu ada jerk lepas kawen.. DUSHHH.. cannot la mom. we have to get it first before married. after married lagi banyak benda nak pikir. Memang la dalam perkahwinan mesty ada perselisihan faham, tetapi benda2 mcm tu la kalo boleh nak elak. tipu la takkan bertekak, cume apa yang aku mahu biar la bertekak ytu kerana perkara2 yang betul2 penting jerk. Kalo nak fikir2 sekarang nie pasal duit la banyak kes perceraian. kehidupan tak bermakna, tak bahgia sbb duit. mmg la tak bagus kalo kita pentingkan duit. but secara logiknya mmg duit adalah keutamaan. Cuma kita kena tahu cara yang betul untuk manage duit tu supaya tak menyalahi hukum agama. biar lah pendapatan kita tu mampu untuk menyara keluarga kita. cukup2 makan pun tak pe jgn sampai menagih simpati orang pulak. Minta di jauhkan. So aku percaya Allah akan beri kita rezeki kalo kita berusaha dan Allah akan memberkati rezeki kita jika kita tidak lupa akan perintahnya. Apa yang aku cuba sampaikan, SEBAGAI UMAT ISLAM KITA HARUS BERFIKIR SEBIJAK2NYA DAN RASIONAL TENTANG REZEKI YANG KITA MINTA DAN YANG DIBERI OLEH ALLAH, LIHAT KEADAAN SEKELILING SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN LEBIH2 LAGI BERKENAAN DENGAN WANG RINGGIT. YANG BAIK JADIKAN TELADAN YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN.

Wasalam !!

My New Bestie :)



Meet my new bestie, my wedding day planner book !! ahaks. damn i like it. i was bought it from Carrefour. its damn colourful.I like it!!! Actually still don't have any fixed date for my wedding, but we already start do some preparation and also plan a bit for our wedding.

Hope everything goin smooth. I really excited and i was work hard for that.not only me, he also do da same. hahah its a good feeling wen you really found your soul mate. Sampai tak pernah la i terfikir nak kawen selagi takde asset sgt, but wat to do. nak sangat mendirikan masjid, so kena plan dari sekarang. insyaallah tak de aral melintang cepat la majlis tu. cukup duit nikah la.

Syaitan tak suka bila umat islam tu nak mendirikan masjid and dia akan cuba sedaya upaya untuk make sure benda tu tak jadi and hopefully kami kuat untuk lawan semua dugaan yang datang. insyaallah.

P/S - Ya Allah permudahkan lah segala urusan kami jika dia memang ditakdirkan untuk bersama ku dan aku juga ditakdir kan untuk bersama nya. kuat kan lah jodoh kami dan bantu la kami untuk tidak melakukan segala larangan mu sebelum akad nikah dilafazkan. Amin ya rabbal al amin :)

Tuesday, March 6, 2012

HICARL PUTRA :)



Hicarl Putra.. he is my boyfriend. budak nie sangat kuat ayat taw. Pacik dia pun tak pandai ayat macam dia. apa2 pun mmmg aku da start sayang kat dia. sbb dia kuat ayat. hahahhah :)

ARIANA QOEEMA ROSS BINTI ARDI ROSS



ARIANA QOEEMA ROSS BINTI ARDI ROSS

ini dia anak buah baru saya. comel kan??? hahahaha.. she's so pretty, gorgeous and cute. Welcome to world honey :) we love you... being a good daughter okay??

Ya Allah lindungi la anak ini, jadi kan lah dia anak yang soleh dan taat dan manusia berjaya di masa hadapan. Amin ya rabbal al amin :)

Monday, March 5, 2012

Istidraj

Hari ni aku bukak astro oasis then ada program Liga Ilmu..Aku rasa macam tertarik pulak dengan bahan yang dibincangkan..ye la kan sebab tengah mengalami perkara sama dalam perbincangan tu..

Tajuknya ialah Rezeki..Kadang² aku terpikir jugak kenapalah ada orang yang kerjanya biasa² tapi boleh teruskan kehidupan dengan bahagia n tenang..tapi ada yang kerjanya masyuk² tapi still tak tenang dan tak cukup..

Macam aku sendiri aku akui..kalau nak dikatakan gaji aku memang sangat cukup untuk menampung perbenlanjaan harian..kadang² boleh kata untuk dua orang sekali untuk sebulan..tapi aku rasa duit tu cepat berkurangan dan rasa tak cukup aje..

Jadi tadi time baring2 dengar perbincangan tu..adalah disebut yang "Sekiranya seseorang itu tidak mengerjakan amal ibadahnya (solat & zakat) Allah akan menyempitkan rezekinya"

Secara tiba-tiba aku terdetik kat hati macam mana pulak kalau orang tu tak lakukan amal ibadat tapi rezeki die melimpah² je..dengan pantas Dr Fadzilah Kamsah bercerita tentang "Istidraj"

ISTIDRAJ adalah pemberian nikmat Allah S.W.T kepada manusia, yang mana pemberian itu tidak diredhaiNYA.


Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (asy-Syura: 27)

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Jadi tak perlu kufur dengan nikmat yang diberi kerana itu semua adalah kurniaan dariNYA. Apa yang diberi dengan sekelip mata juga boleh diambilNYA kembali dalam sekelip mata. Ingat tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah SWT jadi lakukan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam.


p/s - thanks syg for the info :)

Pengenalan Solat

Solat adalah rukun Islam yang ke 2..kesemua umat Islam didunia ni di wajibkan untuk bersolat..yang pastinya solat ni mempunyai syarat²nya..dan biler dah complete syarat² ni..anda DI WAJIBKAN untuk BERSOLAT!

Syarat Wajib Solat:
1. Orang Islam.
2. Menghadap arah Kiblat
3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
4. Akil baligh
5. Berakal.
6. Melihat atau mendengar.
7. Jaga (tidak tidur)
8. Sudah masuk waktu solat.

Syarat Sah Solat:
1. Sesudah masuk waktu solat.
2. Menghadap ke arah Kiblat.
3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.

Tahukah korang yg sebenarnya sebelum peristiwa Isra' mikraj lagi sudah adanya solat..Orang pertama yang solat adalah Baginda Nabi Adam A.S..

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.


ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.


ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah.


MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan.

ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.


p/s - i got this from my bf's blog :)

Halal dan Haram

Assalammualaikum.

Lama rasanya tak update blog nie. Apa yang aku nak cerita pada hari nie pasal halal dan haram. Kelalaian sebagai seorang manusia. Emmm aku manusia biasa yang mahu berhijrah dari kehidupan yang agak WESTERN ke dalam kehidupan yang ISLAMIC. Susah, aku tak nafikan memang susah, dgn perasaan nafsu yang kuat pada diri aku. Nafsu yang aku maksudkan adalah social life yang aku da biasa buat dahulu.

Dulu aku tahu halal dan haram sesuatu tetapi aku main langgar jerk. Jadi bila berubah aku mula kan satu kehidupan yang baru. aku berjaya pada awal nya tetapi agak terlalai bila aku buat benda dosa last few weeks, which is aku igt dosa kecik kot. tapi bila di pikirkan balik, whateva thing/act kalo hukumnya HARAM, HARAM LA MAKNANYA.

Emmm... alhamdulillah aku tersedar sebelum hanyut. betul nasihat dia, haram tetap haram dan halal tetap halal. Aku tak boleh nak mempertikaikan sesuatu yang jadi di sekeliling dan menukar hukum sendiri. Ya allah, manusia yang menukar hukum Allah adalah manusia paling bodoh dan dia lebih bodoh dari binatang.

Aku hairan kenapa ada jerk manusia yang masih merasa nikmat rezeki mencurah2 sedangkan kehidupan mereka di baluti dosa, di saluti maksiat? aku hairan dan disebabkan perkara yang macam nie la yang membuat kan aku trus melalukan dosa dan melanggar halal haram. Akhirnya semalam aku dapat jawapan dari dia, mmg benar individu tersebut masih merasa nikmat rezeki yang banyak tetapi nikmat yang datang tanpa keredhaan Allah. Allah beri tanpa keredhaanNYA. jadi rezeki tu boleh disama kan seperti rezeki yang tak ikhlas, dan haram jadi nya. Seperti Allah beri pada mereka, tetapi memberi tanpa keikhlasan dan berkat dari Allah, serupa membuang duit di jalanan.

Sebagai umat islam yang kita perlukan adalah keredhaan Allah. jadi rezeki yang kita mahukan juga adalah yang ikhlas dariNYA. Ya Allah baru aku tahu bahawa perkara macam nie mmg wujud. Org kaya yang lalai trus kaya tetapi kaya tanya keredhaan Allah, rezeki yang mereka dapat juga tanpa keredhaa. Kehidupan tanpa keredhaan. Ya Allah besarnya kuasa mu. Bijaknya kau mengatur kehidupan manusia. Adilnya kau mengatur cara perjalanan umatmu.

Insyaallah, kesenangan jika kita tidak dapat di dunia, insyallah dengan izin Allah di akhirat kelak kita akan merasa kenikmatannya. Insyaallah.

Jangan la lalai akan perintahnya. teruskan dalam kehidupan islam. Bahagia menanti kalian. Insyaallah.

Ya ALLAH, Ampunkan lah segala dosa2 ku ya allah. berkati lah hidup ku bantu la aku untuk terus dekat padamu sebelum kau menarik pinjaman mu ini. Ya Allah sesungguhnya kau maha pengasih dan penyayang, maha pengampun dan mengasihani. berkati lah hidup ku, jangan la kau tarik hidayah yang telah kau beri padaku. Amin ya rabbal al amin.