Monday, March 5, 2012

Istidraj

Hari ni aku bukak astro oasis then ada program Liga Ilmu..Aku rasa macam tertarik pulak dengan bahan yang dibincangkan..ye la kan sebab tengah mengalami perkara sama dalam perbincangan tu..

Tajuknya ialah Rezeki..Kadang² aku terpikir jugak kenapalah ada orang yang kerjanya biasa² tapi boleh teruskan kehidupan dengan bahagia n tenang..tapi ada yang kerjanya masyuk² tapi still tak tenang dan tak cukup..

Macam aku sendiri aku akui..kalau nak dikatakan gaji aku memang sangat cukup untuk menampung perbenlanjaan harian..kadang² boleh kata untuk dua orang sekali untuk sebulan..tapi aku rasa duit tu cepat berkurangan dan rasa tak cukup aje..

Jadi tadi time baring2 dengar perbincangan tu..adalah disebut yang "Sekiranya seseorang itu tidak mengerjakan amal ibadahnya (solat & zakat) Allah akan menyempitkan rezekinya"

Secara tiba-tiba aku terdetik kat hati macam mana pulak kalau orang tu tak lakukan amal ibadat tapi rezeki die melimpah² je..dengan pantas Dr Fadzilah Kamsah bercerita tentang "Istidraj"

ISTIDRAJ adalah pemberian nikmat Allah S.W.T kepada manusia, yang mana pemberian itu tidak diredhaiNYA.


Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (asy-Syura: 27)

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)


Jadi tak perlu kufur dengan nikmat yang diberi kerana itu semua adalah kurniaan dariNYA. Apa yang diberi dengan sekelip mata juga boleh diambilNYA kembali dalam sekelip mata. Ingat tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah SWT jadi lakukan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam.


p/s - thanks syg for the info :)

No comments:

Post a Comment