Monday, March 5, 2012

Halal dan Haram

Assalammualaikum.

Lama rasanya tak update blog nie. Apa yang aku nak cerita pada hari nie pasal halal dan haram. Kelalaian sebagai seorang manusia. Emmm aku manusia biasa yang mahu berhijrah dari kehidupan yang agak WESTERN ke dalam kehidupan yang ISLAMIC. Susah, aku tak nafikan memang susah, dgn perasaan nafsu yang kuat pada diri aku. Nafsu yang aku maksudkan adalah social life yang aku da biasa buat dahulu.

Dulu aku tahu halal dan haram sesuatu tetapi aku main langgar jerk. Jadi bila berubah aku mula kan satu kehidupan yang baru. aku berjaya pada awal nya tetapi agak terlalai bila aku buat benda dosa last few weeks, which is aku igt dosa kecik kot. tapi bila di pikirkan balik, whateva thing/act kalo hukumnya HARAM, HARAM LA MAKNANYA.

Emmm... alhamdulillah aku tersedar sebelum hanyut. betul nasihat dia, haram tetap haram dan halal tetap halal. Aku tak boleh nak mempertikaikan sesuatu yang jadi di sekeliling dan menukar hukum sendiri. Ya allah, manusia yang menukar hukum Allah adalah manusia paling bodoh dan dia lebih bodoh dari binatang.

Aku hairan kenapa ada jerk manusia yang masih merasa nikmat rezeki mencurah2 sedangkan kehidupan mereka di baluti dosa, di saluti maksiat? aku hairan dan disebabkan perkara yang macam nie la yang membuat kan aku trus melalukan dosa dan melanggar halal haram. Akhirnya semalam aku dapat jawapan dari dia, mmg benar individu tersebut masih merasa nikmat rezeki yang banyak tetapi nikmat yang datang tanpa keredhaan Allah. Allah beri tanpa keredhaanNYA. jadi rezeki tu boleh disama kan seperti rezeki yang tak ikhlas, dan haram jadi nya. Seperti Allah beri pada mereka, tetapi memberi tanpa keikhlasan dan berkat dari Allah, serupa membuang duit di jalanan.

Sebagai umat islam yang kita perlukan adalah keredhaan Allah. jadi rezeki yang kita mahukan juga adalah yang ikhlas dariNYA. Ya Allah baru aku tahu bahawa perkara macam nie mmg wujud. Org kaya yang lalai trus kaya tetapi kaya tanya keredhaan Allah, rezeki yang mereka dapat juga tanpa keredhaa. Kehidupan tanpa keredhaan. Ya Allah besarnya kuasa mu. Bijaknya kau mengatur kehidupan manusia. Adilnya kau mengatur cara perjalanan umatmu.

Insyaallah, kesenangan jika kita tidak dapat di dunia, insyallah dengan izin Allah di akhirat kelak kita akan merasa kenikmatannya. Insyaallah.

Jangan la lalai akan perintahnya. teruskan dalam kehidupan islam. Bahagia menanti kalian. Insyaallah.

Ya ALLAH, Ampunkan lah segala dosa2 ku ya allah. berkati lah hidup ku bantu la aku untuk terus dekat padamu sebelum kau menarik pinjaman mu ini. Ya Allah sesungguhnya kau maha pengasih dan penyayang, maha pengampun dan mengasihani. berkati lah hidup ku, jangan la kau tarik hidayah yang telah kau beri padaku. Amin ya rabbal al amin.

No comments:

Post a Comment