Wednesday, March 7, 2012

Rezeki ???

Assalammualaikum :)

Nak share pasal rezeki nie, mak kata rezeki ada jerk bila kita da bernikah kelak, jangan risau rezeki tu memang ada. emm tapi aku nie mmg pelik kot sbb aku tahu Allah akan kurnikan rezeki pada umatnya yang berusaha untuk sesuatu lebih2 lagi kearah kebaikkan. Aku cuma khuatir ada setengah orang dia tahu Allah akan kurniakan rezeki tetapi dia berusaha ala kadar, macam mana nak dapat lebih kalo usaha sikit? adakah tamak kalo aku usaha banyak untuk dapat rezeki lebih?? untuk kebaikkan tak salah kan? emmm so berbalik pada topik rezeki aku nak beli rumah sebelum aku bernikah sebab tak nak la lepas kawen pun still menyewa kan membazir tu. lagi2 rumah sekarang tak untung langsung kalo menyewa. so better beli. Aku cakap la dgn mak aku, aku kena beli rumah la sebelum nikah sbb tak nak life lepas kawen tu susah. bukan la minta cuma bersedia sebelum terlambat, sediakan payung sebelum hujan. Mak aku plak cakap ala jgn risau rezeki tu ada jerk lepas kawen.. DUSHHH.. cannot la mom. we have to get it first before married. after married lagi banyak benda nak pikir. Memang la dalam perkahwinan mesty ada perselisihan faham, tetapi benda2 mcm tu la kalo boleh nak elak. tipu la takkan bertekak, cume apa yang aku mahu biar la bertekak ytu kerana perkara2 yang betul2 penting jerk. Kalo nak fikir2 sekarang nie pasal duit la banyak kes perceraian. kehidupan tak bermakna, tak bahgia sbb duit. mmg la tak bagus kalo kita pentingkan duit. but secara logiknya mmg duit adalah keutamaan. Cuma kita kena tahu cara yang betul untuk manage duit tu supaya tak menyalahi hukum agama. biar lah pendapatan kita tu mampu untuk menyara keluarga kita. cukup2 makan pun tak pe jgn sampai menagih simpati orang pulak. Minta di jauhkan. So aku percaya Allah akan beri kita rezeki kalo kita berusaha dan Allah akan memberkati rezeki kita jika kita tidak lupa akan perintahnya. Apa yang aku cuba sampaikan, SEBAGAI UMAT ISLAM KITA HARUS BERFIKIR SEBIJAK2NYA DAN RASIONAL TENTANG REZEKI YANG KITA MINTA DAN YANG DIBERI OLEH ALLAH, LIHAT KEADAAN SEKELILING SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN LEBIH2 LAGI BERKENAAN DENGAN WANG RINGGIT. YANG BAIK JADIKAN TELADAN YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN.

Wasalam !!

1 comment:

  1. Doa murah rezeki

    “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berhajat kepada sebarang rezeki anugerah serta pemberian yang engkau berikan.” -Doa Nabi Musa-

    #sharing

    ReplyDelete