Monday, January 16, 2012

Kisah Wardina

Assalammualaikum.

Lama tak update blog nie. Harini first log in aku terus buka blog ean. Emm aku ternampak ean share cerita pasal Wardina. Ya Allah. mmg betul sama macam mana aku rasa sebelum ni. Ya Allah. Semuanya secara kebetulan jerk. tapi tak tahu plak boleh sama. Betul cakap kak wardina bila kita berubah kearah kebaikkan mmg benar ramai orang yang baik2 akan dekat dengan kita. Tetapi kita perlu berkorban dgn setiap perubahan kebaikkan yang kita lakukan. Memang rasa cintakan agama Islam mendalam bila terdetiknya kita untuk berubah ke arah kebaikkan. Tetapi kita kena kuat dan juga kita kena tahu apa yang kita mahu. Emm nak cerita pasal kisah hidup aku, mmg tak boleh nak dikenang. Sekarang nie bila terkenang salah yang lalu memang akan menangis. Perubahan yang aku buat mmg atas diri aku sendiri dan aku sendiri tak tahu dari mana datangnya rasa tu, dari mana tercetusnya niat aku untuk berubah. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Tak dirancang, dan tak terfikir. Memang kuasa Allah tu besar. Bila kita buat perubahan yang baik, Allah bukakan mata kita untuk melihat setiap pembalasan yang berlaku atas dosa-dosa, tak kira la pada kita sendiri atau orang sekeliling.

Memang sewaktu perubahan atas diri aku orang yang paling gembira adalah mak dan ayah aku. Yer la dari seorang yang degil, pengaruh barat tak kena masa. Tiba-tiba berubah menjadi seorang umat islam yang taat terhadap agamanya dan juga berubah secara drastik dalam bentuk zahir dan juga batin. Ya Allah. Begitu besar kuasamu dan aku sangat gembira atas hidayah yang kau beri dan juga terima kasih kerana membuka mataku untuk nampak dunia islam yang sebenar.Alhamdulillah. Tiada yang lebih berharga dari apa yang kau berikan pada-ku.

Pohonku agar kau kuatkan iman ku, bantu lah aku menuju jalan yang benar dan menjadi umat mu yang taat dan juga menjadi lebih baik dari sekarang. Insyaallah, dengan izin mu Ya Allah dan usahaku. Harap semuanya akan menjadi kenyataa. Insyaallah.

Wasalam.

2 comments:

  1. u cn inspired ppl to do de same thing, BERUBAH JADI BAIK,thanks ! :)

    ReplyDelete
  2. thanks :) i just share apa yang jadi dalam diri. bukan la trus baik gila. but slow slow ke arah kebaikkan

    ReplyDelete