Wednesday, January 11, 2012

Air Mata Keinsafan

Assalammualaikum semua :)

Pagi ni aku nak share dengan korang macam mana rasanya bila hijab kita dibuka dengan kuasa Allah. Aku seorang muslim yang pada asalnya sangatlah AMERIKA. di mana aku maksudkan AMERIKA adalah mengamalkan hidup seperti orang barat. Langgar jerk apa yang aku nak buat tanpa memikirkan yang haram dan terlarang oleh Allah. Emmm kalo nak kenangkan hidup aku, perangai aku mmg aku sendiri takut. Gilakan enjoy, enjoy tak tentu masa. Janji happy. Emmm aku kalo boleh mmg nak berkongsi apa dosa yang telah aku lakukan dgn korang agar jadi pengajaran untuk korang tetapi aku lebih rela simpan kerana aku sendiri malu dengan dosa yang aku telah buat. Ya Allah aku harap kau dapat terima taubat ku ini. Tiada apa yang aku utamakan kecuali kemaafan dari kau.

Ceritanya begini, petang semalam aku google tip2 untuk khusyuk dalam solat. Kemudian di malam hari aku mula membaca sambil mendengar MP4 aku yang aku baru sahaja transfer semua selawat2 yang ada dalam pc kat office aku. Aku baru jerk download selawat tu, yer la sometimes mendengar buatkan kita lebih mudah untuk menghafalnya. Jadi sedang aku khusyuk membaca tip2 tu sambil mendengar selawat2, abah pulang. Senang hati dia tgk anak dia skrg. Jadi dia pun duduk di sebelah aku sambil berkongsi cerita tentang agama. Tiba-tiba hati aku sayu dan terus teringat akan dosa lampau. Abah nampak aku resah gelisah. Aku pun mengaku depan abah, aku kata pada dia. ADIK SUSAH HATI. kemudian dia menjawab 'BANYAKKAN SELAWAT, ISTIGFAR. SETIAPA MANUSIA ADA MASALAH. ALLAH AKAN BANTU MEREKA JIKA MEREKA SENTIASA INGAT PADANYA' aku pula menjawab 'ADIK TAKDE MASALAH, TAKDE MASALAH KERJA DUIT SEMUA OKAY TP SUSAH HATI KENANGKAN DOSA LAMPAU, MACAM MANA KALAU ADIK MATI HARI NI' lalu aku menutup muka aku menahan sebak di dada. 'TAUBAT, ALLAH SENTIASA MENERIMA TAUBAT SESEORANG ITU TETAPI KITA KENA BERJANJI YANG KITA AKAN SETIA PADANYA, BERPEGANG PADA AGAMA' aku terus menangis. Tak dapat aku gambar kan apa yang aku rasa. Perasaan yang aku tidak pernah rasa. Perasaan yg sangat sedih mengenangkan macam mana aku mati nanti. Ya Allah. Aku tak dapat gambar kan. Layak ker aku nie menjadi kekasihnya? Layak ker aku di tempatkan di sisinya di penghujung dunia kelak? Layak ker aku menjadi penghuni syurga nya? Layak ker aku menerima bahagia atas dosa yang telah aku lakukan. Ya Allah sesungguhnya aku kesal atas perbuatan ku. Ingkar akan perintahmu.

Tangisan menemaniku sehingga aku tidur, keesokkan paginya aku rasa tenang. Alhamdulillah Allah bukakan pintu hati aku pada usia aku yang masih muda. Alhamdulillah kerana di beri peluang untuk terus merasa nikmat hidup sebagai orang islam yang sejati. Alhamdulillah atas kuasanya aku berubah. Insyaallah, dengan izin mu Ya Alllah aku mahu menghampiri mu dengan lebih rapat lagi. Aku ingin menjadi kekasihmu, sahabatmu dan sehingga kau dapat menerima ku sebagai salah seorang umat mu yang taat padamu. kebahagiaan yang tiada tolak banding nya di akhirat kelak.

Wasallam.

No comments:

Post a Comment