Monday, January 16, 2012

Kesihatan yang tak berapa memberangsangkan

Another post in da same day! Okay ni nak share sedikit sebanyak tentang rasa sakit aku. Penyakit yang aku sering hadapi beberapa bulan nie. Datang period 2 kali sebulan la. Buang air besar dan kecil berdarah. Emm dugaan itu semua. Aku tidak pernah merungut kerana Allah berikan kesempurnaan dalam hidup aku selama aku hidup dan mungkin ini baru dia bagi aku penyakit takkan la aku nak merungut. Aku redha. Aku cuba untuk ubati. Bukan tidak mahu ubati. Aku cuma harapkan nothing serious with this. Masih banyak yang aku belum pelajari di dunia ni.. Lebih2 lagi ilmu agama. Masih banyak yang aku perlu pelajari. Soal tentang mati lagi lah. Aku tak bersedia, aku tak mahu mati dalam keadaan jahil tentang ilmu agama ku sendiri. Aku hanya mampu berdoa agar Allah tidak ambil nyawa ku sekarang kerana aku masih mahu mendalami ilmunya. Tapi semua da ditetapkan. Ayah aku selalu pesan bila kita da mengenal diri kita sendiri, kita akan rasa tidak sabar untuk mati kerana perasaan tidak sabar bertemu denganNYA. Insyaallah aku akan merasainya suatu hari nanty. Pelajaranku tentang ilmu agama akan aku teruskan agar aku lebih dekat padanya. lebih cinta terhadapnya. Tentang penyakit aku ini aku serahkan pada takdir. Apa pun keputusannya nanty aku akan redha. Dan kuat menghadapainya. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment